• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut Lebih Dua Jam Musnahkan Harta Benda Di Klang

oleh
01/10/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku lebih dua jam di beberapa kawasan di sini mengakibatkan kerosakan teruk kepada sejumlah kenderaan, kemudahan awam dan bangunan.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor antara kawasan yang terjejas ialah Taman Berkeley, Taman Eng Ann dan Jalan Meru.

“Keadaan hujan lebat dan angin kencang itu bermula sekitar 2.15 petang,” demikian menurut sumber.

Di Taman Berkeley, sekurang-kurangnya tiga buah kenderaan remuk dihempap pokok tumbang.

Seorang mangsa, Seah Ah Hooi, 67, berkata kereta Perodua Myvi miliknya yang baru sahaja dibaiki dan dan diganti tayar, remuk teruk dalam insiden itu.

“Saya bersyukur kerana saya tidak berada di dalam kereta ketika kejadian,” kata pesara swasta itu ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Unit Komunikasi Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam kenyataan berkata MPK telah mengarahkan semua jabatan terlibat mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat pula berkata aliran trafik secara keseluruhan bergerak perlahan disebabkan cuaca hujan dan kejadian pokok tumbang.

Beliau berkata di Klang Utara, insiden pokok tumbang berlaku dari Jalan Sireh di lencongan masuk ke Taman Seratus dan terus ke Jalan Batu Tiga Lama manakala Jambatan Musaidin dibuka satu lorong dari arah Klang Selatan ke Klang Utara berikutan pokok tumbang.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 48 saat viral menerusi media sosial menunjukkan banyak kenderaan yang menghala ke Shah Alam dan Klang melalui Lebuhraya Persekutuan berpatah balik ke arah Petaling Jaya dan ibu negara berikutan jalan ditenggelami air.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan agin kencang di beberapa daerah di Selangor seperti Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hari ini. – BERNAMA

Tags: ribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

248 Rumah Rosak Dibadai Ribut Di Bercham, Ipoh

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH, 20 Jun 2026 — Sebanyak 248 buah rumah dilaporkan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd