• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Bomba Ditahan Kerana Dadah

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu serta turut positif dadah jenis methampetamine di Taman Bukit Antarabangsa, Ampang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika dalam keadaan mencurigakan oleh anggota cawangan kereta peronda polis (MPV) yang membuat rondaan di kawasan berkenaan pada jam 3.30 pagi.

“Pemeriksaan dalam beg yang dibawa oleh suspek turut menjumpai satu peket lut sinar yang mengandungi serbuk warna putih dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat 80 gram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kini diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. – BERNAMA

Tags: Pegawai BombaSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd