• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Persoal Tindakan KJ Kritik Hala Tuju Zahid

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tindakan bekas Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiada hala tuju jelas.

Katanya, Khairy tidak melihat perkara yang sebenar dalam Ucapan Dasar Presiden, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 (2018), malam tadi.

“Ucapan sangat jelas cuma sama ada kita tak jelas atau sebaliknya bergantung kepada penghayatan masing-masing.

“Ada dua hala tuju penting (dalam ucapan), iaitu pertama, kuatkan parti dan kedua strategi bagaimana kembali menang,” katanya kepada media, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Malam tadi, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang mana Mohamad adalah Ketua Bahagiannya dilaporkan berkata, ucapan dasar Presiden UMNO tidak memberikan gambaran yang jelas hala tuju parti Melayu itu.

Khairy mendakwa Ahmad Zahid tidak memperincikan sama ada mahu menjadi pembangkang yang kuat atau mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

Ucapan berkenaan turut didakwa tidak memberi fokus hala tuju yang diharapkan oleh parti, selepas UMNO kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Khairy juga mendakwa pendirian Ahmad Zahid sering berubah, beberapa hari sebelum perhimpunan mengeluarkan kenyataan mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan parti komponen dalam PH dan kemudian mengatakan mahu melawan PH.

Mohamad berkata, pendirian UMNO mahu bangkit kembali sangat jelas dan tidak perlu dipertikaikan.

“Kita mahu menjadi pembangkang yang kritikal, kenapa perlu kita tolak jika ditawarkan kerajaan perpaduan?,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanKhairy JamaluddinUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd