• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Johor Pilih Pemimpin Pusat, Cabang Hari Ini

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Proses pemilihan PKR di Johor yang menyaksikan 38,684 anggota parti disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat pusat dan cabang di negeri ini.

Ia melibatkan 24 cabang tempat mengundi bermula 10 pagi iaitu cabang Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Tenggara, Kota Tinggi, Pengerang, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai dan Pontian.

Proses menggunakan sistem undian secara digital, e-voting itu akan berlangsung sehingga 5 petang ini.

Pada pemilihan kali ini, 53 calon akan merebut jawatan ketua cabang manakala 163 calon menawarkan diri untuk jawatan timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan anggota jawatankuasa cabang.

Antara pertandingan yang menjadi perhatian ialah Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat menentang Dr Afif Bahardin dan Najwan Halimi.

Akmal juga bertanding Ketua Cabang Johor Bahru menentang Richard Tan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar yang juga Setiausaha PKR Johor, bertanding jawatan Anggota Majlis Kepimpinan Pusat menentang 87 calon lain.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon, yang juga Pengerusi Biro Politik PKR, akan menentang penyandang Ketua Cabang Batu Pahat Malik Faishal Ahmad untuk jawatan ketua cabang itu.

Selain itu, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa, Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, akan bertanding jawatan ketua cabang Pulai dan akan ditentang A.Sivagami Devi.

Di Ledang pula, pertembungan juga dilihat menarik kerana satu-satunya cabang memperlihatkan perebutan jawatan ketua cabang antara ADUN dan Anggota Parlimen iaitu ADUN Pemanis Dr Chong Fat Full dan Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh. – BERNAMA

Tags: JohorPemilihan PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang...

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd