• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1.4 Juta Pelancong Ke Sabah

oleh Ahmad Albab
30/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini berjumlah 1.4 juta orang dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus jika dibandingkan pada tempoh sama tahun lalu.

“Oleh itu, kerajaan negeri berharap prestasi ini dapat dikekalkan dan ditambah baik dari segi jumlah ketibaan seterusnya meningkatkan jumlah pendapatan rakyat negeri ini,” katanya pada malam Gala Festival Sayangi Lahad Datu@Silam di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assaffal P.Alian, Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Norazlinah Arif dan Anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu Dumi Pg. Masdal.

Mohd Shafie berkata Sabah merupakan antara lima negeri utama menjadi tumpuan pelawat domestik di negara ini selain pelancong asing.

Beliau berkata Sabah juga merupakan antara empat negeri terbaik yang kerap dilawati oleh pelancong asing dalam negara pada tahun lepas seterusnya menjadikannya sebagai negeri nombor satu kerap dilawati di perairan Malaysia Timur.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha dan mencari inisiatif untuk mengetengahkan tempat-tempat yang menarik dan mempelbagaikan produk pelancongan, kerana ia dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata statistik turut menunjukkan sebanyak 27,325 bilik penginapan tersedia di negeri ini dengan 637 hotel pelbagai kelas atau bintang dengan ribuan penduduk Sabah telah memperolehi pekerjaan dalam sektor pelancongan.

“Justeru, diharap agar pemaju industri pelancongan hotel menaik taraf dan menambah lebih banyak bilik dan jumlah hotel untuk menampung permintaan tinggi dari pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Mengulas penganjuran festival, Mohd Shafie berkata ia relevan selain memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati keunikan seni dan budaya yang secara tidak langsung turut membuka peluang penjanaan ekonomi.

Katanya festival itu juga menjadi landasan terbaik untuk memperkenalkan Lahad Datu sebagai salah satu lokasi pelancongan yang wajib dikunjungi apabila datang ke negeri ini. – BERNAMA

Tags: PelancongSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Mahathir Tiba Di London

Next Post

Sabah Kaji Semula Lebuh Raya Pan Borneo

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

Sabah Kaji Semula Lebuh Raya Pan Borneo

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd