• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80 Hektar Kawasan Hutan Simpan Pekan Terbakar

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kawasan seluas kira-kira 80 hektar Hutan Simpan Pekan dekat sini dilaporkan terbakar hari ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 8.40 pagi oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang yang menerima maklumat daripada wakil Global Environment Centre yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar.

Bagaimanapun, Nor Hisham berkata pihaknya masih belum dapat menghampiri kawasan kejadian ekoran bentuk muka bumi yang berpaya dan ketiadaan laluan untuk ke situ.

“Lokasi kejadian berhampiran dengan ladang sawit dan Kampung Orang Asli Melogo. Anggota kami mendapati tiada laluan untuk menghampiri kawasan kejadian yang dianggarkan sejauh 2 kilometer dari kampung tersebut.

“Pasukan bomba dengan bantuan anggota Jabatan Perhutanan telah berjalan kaki sejauh 1 kilometer bagi mencari jalan alternatif, namun tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan muka bumi yang berpaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nor Hisham menambah untuk hari ini, JPBM Pahang dibantu 23 kakitangan Jabatan Perhutanan dan tiga anggota Jabatan Alam Sekitar.

Katanya anggota bomba kini memantau kebakaran itu yang sedang merebak secara perlahan dari Kampung Melogo sebelum operasi bersambung esok.

“Pihak kami akan mencari jalan untuk ke kawasan itu selain memohon bantuan jentera JCB daripada pihak ladang IOI yang berhampiran kawasan kejadian untuk melimpahi kawasan yang belum terbakar menggunakan air daripada terusan balak yang ada di situ,” katanya. – BERNAMA

Tags: hutan simpankebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.