• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Tun M Tadbir Negara Habis Penggal – Abdul Hadi

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad perlu diberi peluang untuk terus kekal mentadbir negara hingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya usaha beberapa pihak termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengambil alih jawatan perdana menteri secepat mungkin adalah satu tindakan yang tidak mengikut moral politik yang sepatutnya.

“Kita tidak mahu orang yang bernafsu memerintah kerana bimbang bila jadi pemimpin mereka tidak pegang amanah yang diberi. Jadi biar perdana menteri sekarang tadbir negara selagi dia mampu untuk menjalankan tugas.

“Walaupun tak sebati (sependapat), kena bagi tempoh cukup dan jangan berhenti tengah jalan kerana Mahathir banyak pengalaman dan mampu untuk laksana tugas,” katanya kepada pemberita, di Kuala Nerang, Kedah hari ini.

Terdahulu Abdul Hadi menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif KIDU, Zawawi Ahmad dan Pengerusi Majlis KIDU, Datuk Dr Abd Isa Ismail.

Ditanya mengenai kewajaran Anwar bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dalam usaha menjadi perdana menteri, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa yang patut mentadbir negara.

Mengulas sama ada PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRK Port Dickson, beliau berkata kerjasama yang ada ialah persefahaman mengenai calon seperti semasa PRK Balakong dan Seri Setia.

“Bila UMNO tidak letak calon, PAS letak calon jadi itu kerjasama la… Dari aspek gerak kerja pula kita masih belum tahu lagi tapi sekiranya UMNO hendak tolong kita berbesar hati, nak bagi derma pun boleh.

“Dari segi undi pula, tidak boleh harap undi ahli PAS sahaja kerana ahli kita tidak cukup sebab itu kena ada undi parti lain juga baru boleh cukup untuk menang. Tak mustahil PAS menang sebab apapun boleh jadi dalam politik,” katanya.

PRK Port Dickson pada 13 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan tujuh penjuru di antara Anwar sebagai calon Pakatan Harapan, calon PAS Lt-Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. – BERNAMA

Tags: Abdul Hadi Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd