• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPBM NS Bubar: Tidak Beri Kesan Pada Jentera PH

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan semalam dijangka tidak beri kesan kepada kempen jentera Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya berkata PPBM memberikan sokongan yang kuat terutamanya jentera PPBM dalam kempen PKR untuk memenangi kerusi parlimen itu.

“Kita tidak menjangkakan begitu (pembubaran beri kesan kepada kempen PD). Ini soal organisasi dan struktur parti di peringkat negeri (tetapi) di peringkat jentera, pimpinan dan anggota PPBM, mereka beri sokongan kuat kepada PKR mewakili PH untuk berada di Port Dickson,” kata beliau kepada pemberita di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga mengharapkan agar masalah struktur dan organisasi PPBM itu diselesaikan secara baik sekali gus memperkukuhkan parti berkenaan.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada pembubaran PPBM Negeri Sembilan dilihat boleh menjejaskan kempen PKR di PD.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Pidato Malaysia Baharu bersama Timbalan Presiden PKR.

Ketika ditanya mengenai saingan hebat yang bakal dihadapi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata seperti biasa, PKR tidak mengambil mudah mana-mana PRK.

“Seperti biasa, kita tidak ambil mudah dalam mana-mana pilihan raya. Kami tidak mahu terlalu ambil mudah.

“Kita akan kerja kuat dan kita telah bincangkan strategi untuk mendekati pengundi kerana pengundi-pengundi di parlimen PD ini adalah bercampur, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,” tambah Mohamed Azmin.

Anwar, 71, yang akan secara rasminya menjadi Presiden PKR November ini setelah menang tanpa bertanding, dijangka menghadapi pertandingan lima penjuru pada PRK 13 Okt ini.

Setakat ini, lima calon termasuk Anwar telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi panas tersebut termasuk calon PAS Leftenan Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan dua calon bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial, Stevie Chan serta calon Parti Rakyat Malaysia Ahmad Kamarudin.

Hari penamaan calon PRK PD akan diadakan esok. – BERNAMA

Tags: BERSATUDatuk Seri Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

Konvensyen BERSATU Selangor: Sayap Bersekutu Jadi Kunci Agenda Inklusif, Sasar Sokongan PRU16

26/04/2026
0

SHAH ALAM – Kehadiran Sayap Bersekutu dalam Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Selangor dilihat sebagai langkah signifikan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd