• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Tawar Diskaun Sehingga 30% Di Pameran MATTA

oleh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd (MAB) menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi perjalanan antarabangsa dan domestik sempena Pameran MATTA di Pulau Pinang.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu mengumumkan tambang pergi balik terangkum bagi kelas ekonomi dan antarabangsa boleh ditawarkan serendah RM1,029 (ke Taipei dan Bengaluru) bagi penerbangan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Destinasi lain termasuk Seoul (RM1,369), Brisbane (RM1,869) dan London (RM2,929).

“Pelanggan juga boleh menempah tiket penerbangan lebih awal bagi perjalanan lebih hebat tahun depan kerana tempoh perjalanan ke destinasi dinyatakan akan hanya bermula pada 1 Okt, 2018, hingga 31 Aug, 2019,” katanya.

Pelanggan juga boleh menempah tiket penerbangan untuk meneroka destinasi popular di Asia Tenggara daripada serendah RM749 ke Phnom Penh atau Surabaya dan RM849 ke Bali untuk penerbangan mulai 28 Sept, 2018, hingga 31 Aug, 2019.

Pelanggan yang tidak berkesempatan menghadiri Pameran MATTA di Pulau Pinang dan Sibu, boleh mendapatkan harga tambang seumpama ini bagi destinasi terpilih menerusi laman web Malaysia Airlines, www.malaysiaairlines.com dan aplikasinya bermula sekarang hingga 3 Okt, 2018. – BERNAMA

Tags: Malaysia Airlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd