• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Bunuh Ibu Tidak Sakit Mental

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan di dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, di sini, pada Isnin, tidak mengalami masalah mental.

Ketua Polis Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata berdasarkan siasatan dan pemeriksaan yang dijalankan, lelaki berusia 29 tahun itu tidak pernah didaftarkan di mana-mana pusat psikiatri atau hospital mental untuk menerima rawatan.

“Namun, siasatan polis mendapati lelaki yang tidak bekerja itu positif ketagihan petrol sahaja dan menyebabkan dia khayal dan berhalusinasi. Suspek akan berkelakuan seperti individu normal apabila tidak berada di bawah pengaruh petrol,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut dan terperinci masih dijalankan dan pihaknya tidak hanya bergantung kepada pengakuan suspek semata-mata.

“Kami masih mengumpulkan bukti kes ini dan tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan bagi menyambung reman lelaki itu sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan sehingga Selasa depan,” katanya.

Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarkan lelaki itu yang ditahan pada Selasa iaitu sehari selepas kejadian di Jalan Air Putih, di sini itu direman sehingga Selasa ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, mayat Faridah Hashim ditemui menantu lelakinya pada 2.30 petang semasa mencari ibu mentuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaan awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhsakit mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd