• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Pahang Permudah Urusan 2 Pesakit Strok

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Keprihatinan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membantu meringankan urusan keluarga dua pesakit angin ahmar mendapatkan kad pengenalan (MyKad) baharu tanpa perlu meninggalkan rumah.

Mohamad Mat Zin, 60, berkata isterinya Norfatimah Mahmud, 53, menyuarakan hasrat menukar MyKad lamanya yang rosak sejak awal bulan lalu, namun beliau tidak tahu bagaimana hendak berbuat demikian kerana pergerakannya terbatas akibat penyakit itu.

“Anak saya ada ke pejabat JPN untuk membuat permohonan bagi pihak isteri, namun diberitahu pemiliknya perlu hadir bersama. Mula-mula buntu juga tapi lega selepas diberitahu JPN boleh hadir ke rumah.

“Sebenarnya kagum juga melihat mereka boleh proses permohonan dalam masa yang singkat… dan berlaku di rumah kami pula,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jawa di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohamad menerima kunjungan JPN yang diketuai Pengarah Negerinya, Juzilawati Kamarudin bagi memproses permohonan isterinya yang diserang penyakit itu pada empat tahun lalu.

JPN Pahang hari ini, juga membantu seorang lagi pesakit angin ahmar Rahimah Mohd Yusof, 62, yang menetap di Tanah Putih Baru di sini, dengan menyerahkan MyKad bagi menggantikan dokumen asal yang hilang sejak enam bulan lalu.

Suami Rahimah, Nik Hassan Nik Leh, 68, berkata permohonan MyKad berkenaan telah dibuat pada Mei lalu, dan selepas dimaklumkan keadaan kesihatan isterinya, wakil JPN datang ke rumah mereka beberapa hari kemudian.

“Terharu juga bila pengarah sendiri datang serahkan MyKad isteri. Walaupun pada orang lain mungkin biasa, namun untuk kami ia benar-benar besar ertinya. Kami harap inisiatif ini dapat diteruskan kerana memudahkan mereka yang senasib,” katanya.

Sementara itu, Juzilawati berkata sebanyak 571 permohonan memperbaharui Mykad diterima pada tahun ini setakat semalam, meningkat daripada 540 untuk tahun lalu.

Beliau berkata JPN sentiasa memudahkan urusan masyarakat termasuk berkunjung ke rumah mereka yang mengalami kesukaran untuk ke pejabat JPN bagi urusan berkaitan jabatan. – BERNAMA

Tags: JPNPesakit Angin Ahmar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd