• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Pergiat Persiapan Sukma 2020

oleh
28/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kerajaan Negeri Johor kini giat mempersiapkan gelanggang atau lokasi kejohanan untuk beberapa acara sukan sebagai persediaan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-20, dua tahun lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata salah satu sukan yang akan berlangsung di daerah ini ialah hoki wanita yang akan menggunakan padang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar.

Katanya, pemilihan padang di sekolah itu sebagai venue adalah kerana sekolah itu mempunyai sebuah padang yang dilengkapi dengan padang rumput sintetik, sekaligus menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai padang yang bertaraf antarabangsa di negeri ini.

“Oleh yang demikian, kita akan menaik taraf padang di SMK (Dato’ Bentara Luar) ini dengan membina sebuah ‘grandstand’ serta tempat penonton agar atlet serta mereka yang hadir pada kejohanan ini berada dalam keadaan yang selesa.

Dalam masa yang sama, kita juga akan turut menaik taraf saliran perparitan di padang terbabit. Kini, proses untuk menilai kos sebenar keperluan untuk menaik taraf sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Insentif Hoki dan Perasmian Padang Hoki SMK Dato’ Bentara Luar, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Persatuan Hoki Johor, Shahabudin Royani dan pengetua sekolah berkenaan, Mohamad Bahri Ibrahim.

Kata Mohd Khuzzan, selain di sekolah itu, satu lagi venue untuk sukan hoki wanita di daerah ini ialah padang di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini, yang akan turut dinaik taraf.

“Sebelum ini, kita telah umumkan peruntukan sebanyak RM4.5 juta untuk menaik taraf Lapang Sasar Menembak di Tanjung Laboh, dekat sini. Kita juga akan memastikan venue lain berada dalam keadaan yang memuaskan.

Selain hoki wanita dan menembak, kita juga sedang usahakan untuk membawa acara lain untuk dipertandingkan di daerah ini seperti silat olahraga, judo, memanah dan beberapa yang lain,” katanya.

Menurut beliau, selain daerah Johor Bahru dan Batu Pahat, kerajaan negeri juga akan pastikan daerah lain akan mempunyai sekurang-kurangnya satu acara sukan, dengan menjadikan contah SUKMA di Perak, baru-baru ini yang menyaksikan seluruh pelusuk negeri berkenaan mempunyai acara sukan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihak kerajaan negeri turut memberikan insentif kepada 15 pemain hoki sekolah berkenaan yang telah menyumbang pingat gangsa dalam Sukma di Perak, dengan masing-masing menerima RM1,000.

Dalam program yang sama, penghargaan turut diberikan kepada pemain hoki sekolah terbabit yang telah berjaya melayakkan diri untuk bertanding di Kejohanan Hoki Olimpik Belia, di Bangkok, Thailand, hujung tahun ini. – BERNAMA

Tags: Sukma 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran Sukma Johor Diputuskan Minggu Depan

13/03/2020
0

JOHOR BAHRU - Keputusan sama ada penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 akan ditangguhkan atau tidak berikutan kebimbangan Covid-19, hanya...

Kecewa Tiada Peruntukan Sukma 2020 – Exco Johor

03/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor sedikit kecewa apabila Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan hari ini tidak menyatakan peruntukan untuk penganjuran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd