• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi UMNO Johor Tersentuh Lihat Semangat Akar Umbi

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata beliau tersentuh melihat semangat ahli akar umbi UMNO di Johor yang tidak pudar.

Katanya, beliau malah dapat melihat semangat itu dalam Siri jelajah Badan Perhubungan UMNO Johor ke bahagian Tebrau baru-baru ini.

“Melihat raut wajah mereka yang berjuang di bawah, setia tanpa berbelah bahagi.

“Berkorban tanpa menuntut sebarang habuan hanya kerana ingin melihat perjuangan UMNO terus berkelangsungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasni berkata, kepercayaan dan komitmen ahli dan penyokong UMNO tidak boleh di anggap remeh oleh semua pihak.

Katanya, seluruh pendokong UMNO kini akan sama-sama istiqamah memperbetulkan apa sahaja yang perlu untuk UMNO.

Barisan Nasional (BN) yang dibarisi UMNO gagal mempertahankan negeri Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Johor kini diperintah Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagaimanapun, PH dalam PRU-14 menggunakan simbol PKR untuk setiap calonnya sebagai strategi untuk mendapatkan undi khususnya kaum Melayu.

PH membentuk kerajaan negeri Johor setelah memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN memperoleh 19 kerusi dan Pas satu kerusi. – MYNEWSHUB.TV

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd