• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Tidak Bincang Kerjasama Dengan UMNO – TPM

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Tiada perbincangan mengenai kerjasama antara PKR dan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata beliau tidak mengetahui mengenai rancangan UMNO untuk membentuk kerjasama tersebut seperti yang dinyatakan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tidak bincang, kita mesti tengok macam mana…takkanlah hendak berkerjasama pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini hari ini.

Pada Rabu lepas, Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata UMNO berharap dapat membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dari Pakatan Harapan secepat mungkin.

Menurut Ahmad Zahid kerjasama itu boleh dicapai menerusi perjanjian bersama sebelum atau selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan media, desas-desus mengenai kerjasama tersebut muncul selepas Barisan Nasional bertindak memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sehingga menimbulkan persepsi UMNO mungkin bekerjasama dengan PKR bagi memberi laluan mudah untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan.

Ditanya mengenai kenyataan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semalam mengenai hasratnya untuk bertanding menentang Anwar sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut, Dr Wan Azizah berkata sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

“Itu hak dia. Sesiapa sahaja boleh bertanding,” katanya secara ringkas.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17, 710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailPKRUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Azrul Abu Hassan Saran UMNO Bantu Eric Lim Sian See

Azrul Abu Hassan Saran UMNO Bantu Eric Lim Sian See

20/11/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan UMNO membantu penganalisis politik dan pempengaruh...

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

PMX Anwar Tidak Setuju UMNO Bantu Najib Bayar RM50 Juta

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membantu bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.