• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Bakal ‘Kuburkan’ UMNO Menjelang Krismas

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAPUS… Dalam usaha musnahkan UMNO yang pernah diterajuinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada cara unik tersendiri bagi menguburkan terus parti keramat Melayu Islam terbesar di dunia itu.

Semalam pada sidang media bersama-sama wartawan Malaysia yang buat liputan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Mahathir sudah beri bayangan awal usaha jahatnya itu.

Namun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak jelas strategi biadab tersebut secara terbuka kecuali beri petunjuk kesemua 191 bahagian UMNO akan diserap dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum akhir tahun ini.

Plot itu didedah penulis politik terkenal, Raja Petra Kamarudin menerusi portal berita tempatan, Malaysia Today semalam dan ia sudah pun bermula bulan ini secara berperingkat melibatkan beberapa bahagian UMNO tertentu.

Secara teknikal, tanpa 191 bahagian itu, UMNO boleh dibubarkan dan secara kebetulan tanpa sebarang dana untuk tanggung kos operasi harian akibat akaun dibekukan pihak berwajib, parti tersebut bakal tutup menjelang Krismas.

Mahathir memang sedar tidak mampu hasut jutaan ahli tegar UMNO keluar parti, apatah lagi ada 49 wakil di Dewan Rakyat selepas lima anggotanya tiba-tiba bertindak isytihar keluar UMNO, rancangan beliau kini semakin berjaya.

Justeru cara paling mudah untuk haram UMNO ialah menerusi kaedah perundangan jenayah dengan ancam ugutan terhadap 191 bahagian parti tersebut disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Undang-undang berkenaan yang diwujudkan ketika era Mahathir itu bakal melumpuhkan UMNO, sementelahan kesemua bahagian itu akan diisytiharkan sebagai muflis kerana tiada duit lagi dan perlulah ia dibubarkan segera.

Bagaimanapun untuk terus hidup, kesemua bahagian tersebut akan diserap masuk sebagai bahagian PPBM dalam penstrukturan semula parti serpihan UMNO itu sekali gus akan menjadi sebahagian daripada komponen PH sendiri.

Jika komplot ini berjaya, Mahathir akhirnya mampu menguburkan terus Barisan Nasional (BN) hujung tahun ini yang ketika ini hanya disertai MCA dan MIC; masing-masing hanya ada satu dan dua kerusi dalam Dewan Rakyat.

Ini juga bermakna PPBM akan ada 62 wakil di dewan rendah Parlimen itu untuk muncul parti terbesar dalam PH mengatasi PKR dan secara tidak langsung menghancurkan harapan Anwar Ibrahim jadi perdana menteri baharu.

Sama ada suka atau tidak ujar Raja Petra, Mahathir terbukti perlu diakui masih ‘berbisa’ dalam strategi politik diktator dengan pengalaman luas termasuk sebagai perdana menteri keempat selama 22 tahun. – Mynewshub.TV

Tags: UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd