• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPNM Perkenalkan 4 Kursus Baharu Tahun Ini

oleh Cj Mnh
27/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memperkenalkan empat kursus baharu tahun ini sebagai usaha melahirkan tenaga kerja bersesuaian kehendak industri seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Timbalan Naib Canselor (Akdemik dan Antarabangsa) UPNM Prof Emeritus Datuk Dr Tengku Mohd Tengku Sembok berkata kursus baharu yang diperkenalkan ialah Sains Komputer, Penyelidikan Operasi Dengan Sains Data, Pertahanan dan Keselamatan Islam serta Penerbangan.

“Setiap bidang baharu yang diperkenalkan mempunyai kelebihan tersendiri sebagai contoh bidang Sains Komputer menawarkan pengkhususan seperti Digital Forensik dan juga big data (data raya) yang mempunyai kadar kebolehpasaran tinggi terutama untuk peluang-peluang pekerjaan pada masa akan datang.

“Jadi kita sebagai pihak pengajian tinggi menawarkan program-program baharu seperti ini untuk membolehkan anak-anak muda kita bersaing dalam merebut tempat dalam bidang pekerjaan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Jelajah Unit Pengambilan Pelajar (UPU) Semenanjung 2018 Zon Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini seramai 58 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk mengikuti keempat-empat kursus berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Rahaidah Abdul Rahim berkata program jelajah UPU mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. – BERNAMA

Tags: kursusUPNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd