• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Sedar Ada Usaha ‘Tarik’ Ahli Parlimen UMNO

oleh
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahu adanya usaha orang tengah yang sedang main peranan untuk ‘tarik’ sejumlah Ahli Parlimen UMNO keluar parti jadi wakil Bebas.

Ia dilakukan bagi tujuan khusus untuk mereka kemudian dapat menyertai pula sebuah parti kecil dalam komponen Pakatan Harapan (PH) selepas ini, menurut laporan disiarkan portal berita tempatan AgendaDaily hari ini.

Sekalipun tidak sebut nama parti berkenaan, Presiden UMNO itu dipercayai merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hanya memiliki sejumlah 13 kerusi dalam Dewan Rakyat daripada sejumlah 116 kerusi PH.

Bercakap dalam temubual khas NSTP menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2018 di pejabatnya di Menara Dato Onn, PWTC, beliau namun tidak tahu menahu seramai 16 Ahli Parlimen UMNO menjadi sasaran gerakan sulit itu.

“Saya tidak tahu ada gerakan bawa 16 Ahli Parlimen UMNO keluar parti tapi saya tahu ada ‘mediator’ (orang tengah) jumpa mereka dan berjanji akan bawa sejumlah tertentu Ahli Parlimen untuk lompat menjadi Bebas.

“Mereka kemudian terjun ke dalam ‘tong politik’ sedia ada,” katanya. Dalam temubual itu Ahmad Zahid mengakui menemui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebanyak dua kali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pengakuan tersebut sekali gus menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial mengatakan beliau kononnya sudah tujuh kali mengadakan pertemuan ‘empat mata’ bersama-sama Pengerusi PH dan juga Pengerusi PPBM itu.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan tidak pernah berjumpa atau dipelawa atau dihubungi untuk ditemui Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Presiden PKR itu bebas dari penjara.

“Saya ingat malaikat saja yang tahu sama ada saya jumpa dua kali atau tujuh kali. Tapi setahu saya baru dua kali. Saya tidak tahu kalau ada malaikat atau iblis sentiasa ikut saya. Saya pun tidak tahu angka itu datang dari mana.

“Tapi saya tidak pernah bertemu atau berhubung dengan Anwar selepas PRU pada 9 Mei lalu. Anwar pun tentu takut bertemu sebab saya sekarang sudah menjadi pembangkang,” kata Ahmad Zahid dalam nada sindiran.

Kali pertama beliau dapat menemui Mahathir ialah di Putrajaya pada 7 Jun lalu iaitu ketika bulan Ramadan dan kali kedua, baru-baru ini namun disertai bersama-sama pula dengan beberapa pemimpin tertinggi UMNO sendiri.

Untuk rekod, Anwar yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2014 oleh Mahkamah Rayuan, dibebaskan dari hukuman penjara dan dapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan dibuat susulan desakan yang beliau terima daripada akar umbi mahu UMNO melakukan sesuatu perubahan termasuk menunjukkan UMNO adalah parti yang sedang menunggu jadi kerajaan.

Bagaimanapun, beliau terpaksa ‘membisu’ dan merahsiakan pertemuan tersebut atas prinsip simpan rahsia dan strategi parti.

“UMNO bebas untuk berbincang dengan sesiapa sahaja sama ada dengan mereka yang belum pernah bersama Barisan Nasional (BN), atau yang dulu bersama-sama BN dan kini tidak lagi bersama BN.

“Namun setakat ini belum ada keputusan sama ada hendak mengadakan kerjasama dalam jangka pendek atau jangka panjang. Kita harus melihat kepada perkiraan politik kerana kita tidak mahu menjadi pembangkang.

“Segala peluang politik perlu dinilai. Politik ini sifatnya dinamik. Peluang sentiasa terbuka, pintu sentiasa boleh dimasuki. Ini politik, maka tidak ada yang mustahil,” kata Ahmad Zahid. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ahmad Zahid HamidiPerhimpunan Agung UMNOUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung malam tadi menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN)...

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

UMNO Negeri Sembilan Gesa Adakan Sidang DUN Khas Segera

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd