• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pegawai Rela Mengaku Tidak Bersalah Terhadap Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Dua pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini terhadap tuduhan membuat tuntutan elaun palsu pada 2012.

Ahmad Adeni, 32, yang ketika itu memangku jawatan Pengarah Rela Daerah Simunjan, dituduh melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat Rela Sarawak di sini pada 28 Jun 2012 dengan membuat tuntutan elaun petugas Rela palsu membabitkan nilai tuntutan sebanyak RM32,352.

Sementara itu, Mohd Zairoolzaman Zaini, 43, seorang penolong pegawai Rela Daerah Simunjan, dituduh bersubahat dengan Ahmad.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM15,000 dan seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan dari 10 hingga 14 Dis depan.

Nixon mengarahkan supaya penjamin bagi kedua-dua tertuduh mesti berasal dari Kuching dan bergaji tidak kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Sekyen 24 akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara untuk tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan.

Ahmad dituduh mengemukakan tuntutan elaun petugas sebanyak RM36,352 bagi seramai 142 anggota Rela sebagai petugas peti undi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan, Sebuyau dan Balai Ringin bagi bulan April 2012, pada hal tidak ada anggota Rela yang bertugas pada masa acara berkenaan.

Mohd Zairoolzaman pula dituduh mengikut seksyen yang sama kerana bersubahat. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahRELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd