• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Umum Bertanding PRK Port Dickson

oleh
26/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – PAS akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan yang dijadual 13 Oktober depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Anggota Parlimen Marang itu berkata pengumuman calon akan dibuat di Port Dickson malam esok.

Abdul Hadi berkata keputusan itu dibuat atas dasar menghidupkan sistem demokrasi dan mahu rakyat mempunyai pilihan dalam menentukan pemimpin mereka meskipun PRK itu diadakan secara tergesa-gesa.

“Walaupun kita tidak bersetuju PRK ini dibuat secara tergesa-gesa, kita tidak mahu membazir tanpa membuat kerja sekurang-kurangnya kita melatih gerak kerja kita… tidak mustahil kita boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat di sini malam ini.

Mengenai keputusan UMNO memboikot PRK tersebut, Abdul Hadi berkata kerjasama antara dua parti itu tidak akan terjejas kerana melibatkan dua perkara berbeza.

“Kita mengambil kira gelombang PRK Sungai Kandis dan Seri Setia yang menyaksikan kebangkitan rakyat terhadap apa mereka rasa tidak puas hati terhadap PH (Pakatan Harapan) menerusi kedua-dua PRK itu sebelum ini.

“Kita ajak semua parti bekerjasama pada PRK ini. Calon PAS ini orang yang mempunyai pengaruh,” katanya yang enggan memberi gambaran mahupun ciri-ciri personaliti calon PAS meskipun diasak pelbagai pertanyaan oleh pemberita.

Beliau berkata PAS sebelum ini memberi laluan kepada UMNO dan MIC bertanding, namun apabila tiada calon dicadangkan, PAS mengambil keputusan untuk tidak memberi kemenangan percuma kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan calon PH bagi PRK tersebut.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding seterusnya menjadi anggota Parlimen.

Selain Anwar dan calon PAS, setakat ini Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga mengesahkan akan meletakkan calon dan seorang lagi calon ialah personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Port Dickson diadakan pada 13 Okt ini dan hari penamaan calon ditetapkan 29 Sept, manakala hari mengundi awal pada 9 Okt. – BERNAMA

Tags: PASPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd