• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Jadi Bahan Ketawa Di PBB

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Salah satu ayat kegemaran Donald Trump setiap kali menyerang musuh politiknya ialah ‘dunia sedang mentertawakan Amerika’.

Namun, pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York semalam, perkataan itu akhirnya terkena batang hidung Trump.

Delegasi dan pemimpin dunia yang hadir di UNGA tertawa sinis apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) itu secara angkuh memuji pentadbirannya sebagai terbaik dalam sejarah AS.

“Setahun yang lalu, saya berdiri di hadapan anda buat kali pertama. Saya berbicara mengenai ancaman dunia dan menawarkan visi untuk mencapai masa depan lebih cerah untuk manusia sejagat.

“Tetapi hari ini, saya berdiri untuk memberitahu anda mengenai kemajuan luar biasa yang telah kami kecapi.

“Dalam tempoh kurang dua tahun, pentadbiran saya telah mencapai banyak kejayaan yang tidak pernah dilakukan setiap pentadbiran sebelum ini.

“Dalam sejarah AS, pentadbiran saya adalah yang paling cekap,” kata Trump.

Ucapan Trump itu sekali gus mengundang gelak tawa hadirin dan seperti tidak percaya beliau berkata: “Ya, betullah,”

Namun, hadirin sekali lagi mentertawakan Trump yang jelas menunjukkan reaksi kurang senang dengan wajah merah padam.

“Saya tidak menjangkakan reaksi seperti ini. Tapi tidak mengapa, semuanya OK,” katanya sambil tersenyum.

Biarpun berucap lebih setengah jam, insiden Trump diketawakan delegasi dunia antara momen yang paling banyak mendapat liputan media AS dan antarabangsa.

The Washington Post dan majalah Time misalnya membawa pembacanya untuk mengimbau kembali kenyataan Trump sebelum dilantik presiden.

Trump kerap mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama dan secara sinis menuduh Obama sebagai punca AS ditertawakan masyarakat dunia.

“Sejak tahun 1980-an, Trump sering mengkritik setiap presiden dengan mendakwa ‘dunia sedang mentertawakan AS’ atau ‘dunia fikir kita bodoh’.

“Tetapi, semua itu terkena batang hidungnya sendiri dan inilah kali pertama Presiden AS diketawakan secara terang-terangan di perhimpunan dunia,” kata penganalisis dari Institut Brookings, Thomas Wright.

Sementara itu, seperti biasa Trump menganggap isi ucapannya sebagai hebat ketika diminta mengulas insiden diketawakan delegasi UNGA oleh wartawan.

“Oh, itu hebat. Ketika berucap, saya memang memancing gelak tawa dari hadirin. Ia disengajakan dan ia berjaya,” ujarnya. – Agensi (Sinar Harian)

Tags: PBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd