• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bila Masa UMNO Tidak Boleh Berbeza Pendapat?’

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bebas menyuarakan pandangannya terhadap keputusan parti dan Barisan Nasional (BN) yang memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti itu mengamalkan sikap terbuka dan meraikan perbezaan pendapat jika ada ahli serta pemimpinnya tidak sehaluan dengan keputusan parti.

“Bila masa UMNO tidak berbeza pendapat. Beliau (Hishammuddin) mempunyai pandangannya. Kita tidak menghalang perbezaan pandangan.

“Tapi kita boikot kerana PRK itu dibuat hanya untuk memenuhi cita-cita politik seorang individu yang mana kita fikir wang rakyat tidak harus dihabiskan bagi tujuan itu.

“Ini bukan kali pertama kita boikot, di Permatang Pauh kita pernah (boikot). Kita lihat rakyat yang menjadi mangsa,” katanya kepada NSTP dalam temubual khas menjelang Perhimpunan Agung UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.

Semalam, Hishammuddin menyatakan rasa tidak setuju terhadap keputusan BN yang memboikot PRK berkenaan dengan menyifatkannya sebagai satu keputusan di luar kebiasaan parti dan akan mempunyai kesannya tersendiri pada masa hadapan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pembinaan Pusat Dagangan Dunia Putra KL Putra (KL PWTC) yang juga ibu pejabat UMNO baharu ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Projek itu ditangguhkan. Kita berpendapat dalam situasi ekonomi ketika ini, kita perlu terbuka dengan beberapa pilihan.

“Kita sudah berbincang dengan pemaju yang bercadang mencari rakan kongsi untuk meneruskan projek itu atau menjual saham mereka atau menjalin kerjasama dengan syarikat lain,” katanya.

PWTC KL, adalah projek bangunan baharu pejabat dan hotel bertaraf enam bintang di menara setinggi 70 tingkat dirancang bakal dilengkapi Dewan Putrade, pembangunan semula Dewan Tun Razak 1 dan 2 bertaraf dunia.

Ia termasuk projek menaik taraf bangunan sedia ada iaitu Menara Dato Onn, Dewan Merdeka, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

Projek yang akan dilaksanakan syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu akan turut menempatkan masjid yang boleh menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa dan menempatkan podium beli-belah setinggi dua tingkat.

Upacara pecah tanah bangunan baharu itu disempurnakan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada November 2016. – BH Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd