• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apakah LGE Tidak Mahu Anwar Jadi PM?

oleh
26/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAYA berasa sangat hairan mengapa Setiausaha Agung DAP, YB Lim Guan Eng melompat sakan apabila UMNO mengumumkan tidak akan ganti MIC bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Guan Eng mendakwa keputusan BN untuk memboikot PRK Port Dickson kerana tahu mereka tidak akan menang, bukan kerana merasakan ia satu pembaziran.

Menurut Guan Eng lagi, “seluruh perjuangan mereka (UMNO dan Barisan Nasional – BN) bukan kerana prinsip dan idealisme tetapi lebih kepada keuntungan, untuk kuasa.”

Kenyataan ini sangat aneh kerana UMNO telah pun bertanding di PRK DUN Sungai Kandis walaupun tahu ia kawasan tradisi PKR yang sukar ditembusi.

MCA pula bertanding di PRK DUN Balakong walaupun tahu ia kubu kuat DAP sejak berpenggal-penggal. BN turut turun membantu PAS di PRK DUN Seri Setia walaupun tahu akan kalah.

Jadi tuduhan Guan Eng bahawa UMNO takut kalah, hilang semangat dan ideologi perjuangan sebenar adalah satu hujah lekeh yang tidak boleh beliau pertahankan.

UMNO membuat keputusan untuk tidak bertanding di PRK Port Dickson kerana merasakan PRK ini satu agenda politik Pakatan Harapan (PH) bukannya untuk kepentingan rakyat.

PRK ini adalah permainan politik dalaman PH. Yang letak jawatan wakil rakyat PKR, yang bernada protes juga di kalangan sesama mereka. Yang akan bertanding sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 juga adalah kalangan mereka.

Maka kita di pihak UMNO tidak perlu terbabit dengan permainan politik dalaman mereka. Insha Allah jika ada PRK lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan seperti kematian atau meletak jawatan kerana sakit, UMNO dan pembangkang lain pasti akan bertanding.

Cuma yang menjadi tanda tanya kepada saya, mengapa Guan Eng begitu marah kerana UMNO tidak mahu bertanding? Apakah beliau tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8?

Sepatutnya Guan Englah orang paling gembira bila Anwar dapat laluan mudah dalam PRK kali ini. Malangnya, beliau begitu terkesan dengan keputusan ini sehingga perlu mengadakan wawancara dengan Malaysiakini untuk serang UMNO.

Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dua tahun selepas PH memerintah adalah sebahagian daripada manifesto mereka. Banyak janji manifesto mereka pun tidak dapat ditunaikan.

Justeru tindakan UMNO tidak bertanding ini bolehlah dilihat sebagai bantu PH melaksanakan salah satu manifesto mereka. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan menyalahkan UMNO jika mahu mungkiri janji manifesto yang satu ini.

Rakyat pasti tertanya-tanya mengapa Guan Eng tidak mahu Anwar mendapat laluan mudah. Apakah DAP ada agenda lain yang bertentangan dengan kehendak Anwar?

Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Naib Presiden UMNO
Ahli Parlimen Padang Terap
25 September 2018

Tags: Anwar IbrahimPort DicksonPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd