• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pak Ngah Tiba Di Malaysia

oleh
26/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang di sini, kira-kira 10.15 pagi tadi.

Jenazah dibawa dari Batam, Indonesia, melalui bot khas pada 8 pagi tadi dan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di terminal feri berkenaan.

Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim.

Menurut Abdul Raziff Abdul Rani, beliau yang diwakilkan oleh keluarga Pak Ngah berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas zohor.

Allahyarham yang difahamkan berkunjung ke Batam, Indonesia atas urusan kerja dan bercuti bersama keluarga, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, pada 3.15 petang, semalam.

Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan. – BERNAMA

Tags: Komposer lagumeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd