• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Dah Lama Jadi Ahli PPBM – Syed Hamid

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas ahli majlis tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar, mengesahkan beliau sudah lama menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.

Katanya, selepas mengumumkan keluar dari UMNO pada 29 Jun lalu, beliau diserahkan borang permohonan keahlian oleh Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Selepas mengemukakan permohonan, saya juga bertemu Pengerusi (Bersatu) PPBM dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru,” katanya ketika ditemui sebelum sidang media Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan berhubung Myanmar dan Rohingya, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Jawatankuasa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN(ARC), Dr Helmi Ibrahim.

“Saya fikir saya dah lama jadi ahli PPBM dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PPBM pusat. Jawatankuasa ini memudahkan kerja bila ada pemilihan dalaman parti,” katanya ketika ditanya sama ada beliau sudah menerima kad keahliannya.

Pada 29 Jun lalu, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Menteri Dalam Negeri mengumumkan akan meninggalkan UMNO kerana enggan berpura-pura kononnya keadaan dalam parti baik-baik saja selain mendakwa parti itu sudah lari daripada perjuangan asal.

Syed Hamid juga mendedahkan bahawa beliau turut dipelawa menyertai Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini semasa menghadiri sambutan Ulang Tahun Ketiga Parti Amanah Negara (PAN), tetapi tidak membuat sebarang keputusan.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi perdana menteri kelapan, Syed Hamid berkata perkara itu sudah diputuskan melalui perjanjian antara kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Saya fikir kita perlu mengambil satu demi satu langkah kerana PH mahu membawa perubahan negara dengan arah yang baharu.

“Mereka sudah menetapkan rangka pembaharuan ini, tetapi orang ramai mahu melihat sesuatu yang konkrit daripada Malaysia baharu ini.

“Jangkaan orang ramai sekarang sangat tinggi daripada kerajaan baru dan mereka mudah menjadi tidak berpuas hati,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson, beliau berkata UMNO mengambil langkah tepat apabila tidak bertanding namun tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ‘boikot’.

“Saya rasa tak tepat guna perkataan boikot, sebaliknya tak ambil bahagian. Boikot adalah sesuatu tindakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak sah.

“Ini bukan tak sah, ini proses demokrasi dijalankan dan UMNO seperti dikatakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, tidak bersedia dan tiada motivasi nak bertanding.

“Saya fikir eloklah dia tak bertanding bukan dia boikot. Baguslah PRK ini kalau parti yang dulu kerajaan belum bersedia buang duit saja bertanding,” katanya.

Sementara itu, Zaid menegaskan beliau masih ahli DAP dan tidak menyertai mana-mana parti. – BH Online

Tags: BERSATUTan Sri Syed Hamid Albar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd