• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Awam Disaran Permudah Urusan Dengan Orang Awam

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penjawat awam di negeri ini perlu mempermudahkan urusan orang ramai setiap kali mereka berurusan dengan jabatan kerajaan bagi mengelak berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail apabila perkara itu diamalkan, secara langsung peluang melakukan penyelewengan, salahguna kuasa akan berkurangan dan mampu meningkatkan tahap integritri .
“Contohnya, Pihak Berkuasa Tempatan, apabila orang minta lesen nak buka kedai runcit, satu hari kelulusan sudah mencukupi. Tak payah nak tunggu lama dengan syarat yang macam-macam, itu boleh menimbulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Pahang kepada penjawat awam negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Program Kordinasi dan Pematuhan Institut Integriti Malaysia Hamily Sham Harun berkata, berdasarkan kajian perspektif Integriti nasional oleh nstitut Integriti Malaysia menunjukkan penyediaan perkhidmatan awam di negara ini berada pada paras yang baik.

“Setiap tahun kita ada melakukan kajian dengan menemuramah orang ramai terhadap prestasi memerangi jenayah rasuah, melihat kualiti penyampaian perkhidmatan awam, menilai tadbir urus kepada sektor swasta, institusi keluarga dan komuniti dan kualiti hidup setiap masyarakat.

“Pada tahun 2017 berdasarkan indeks kajian ke atas 20,000 individu yang ditemuramah empat daripada lima persoalan yang diberikan itu telah memberi respon yang baik iaitu melebihi tahap minimum 100 peratus bagi setiap respon yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata indeks memerangi jenayah rasuah bagaimanapun masih belum mencapai tahap yang memuaskan iaitu mendapat respon di bawah paras minimum.

Bagi meningkatkan indeks berkenaan, pelbagai usaha dilakukan dengan memperkasakan integriti dalam kalangan penjawat awam antaranya seminar integriti, katanya. – BERNAMA

Tags: Kakitangan Awamorang awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Udara Di Khartoum Membunuh 20 Orang Awam

Serangan Udara Di Khartoum Membunuh 20 Orang Awam

03/09/2023
0

WAD MADANI (Sudan): Penduduk Khartoum terjaga hari ini akibat tembakan meriam dan roket, beberapa jam selepas serangan udara di selatan...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Kakitangan Awam Perak Dapat Bantuan RM700

06/04/2023
0

IPOH: Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM700 kepada seluruh penjawat awam negeri itu selain RM500 kepada semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd