• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Dewan Ulama Pas Kedah Meninggal Dunia

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ketua Dewan Ulama Pas negeri, Mohd. Rejab Md. Akhir, 59, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, sebentar tadi.

Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, beliau difahamkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

“Pas negeri menzahirkan rasa amat dukacita di atas pemergian beliau dengan kami merasakan seolah-olah kehilangan sebutir mutiara sangat berharga.

“Beliau merupakan ilmuwan Islam yang menjadi penggerak kepada institusi pondok di negeri ini dan sumbangannya selama mengetuai Dewan Ulama Pas Kedah amat besar,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan Allahyarham dikejarkan ke HSB beberapa hari lalu setelah tiba-tiba rebah di rumah salah seorang kenalannya di Jerlun ketika hadir ke situ untuk majlis usrah.

Pemeriksaan doktor mendapati beliau yang juga Pengerusi Majlis Guru Pondok Kedah (HESA) diserang angin ahmar dan terdapat pendarahan di kepalanya.

Solat jenazah akan diadakan pada pukul 6 petang ini di Madrasah Manabi’ a-Ulum Ad-Diniah di Kampung Pida Dua, Telaga Batu, Jitra sebelum dikebumikan di Masjid Gurindam, Mukim Jeram. – UTUSAN ONLINE

Tags: dewan ulama Pasmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd