• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Johor Cadang PM Tak Semestinya Presiden Parti

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Cadangan agar jawatan perdana menteri tidak semestinya diisi oleh presiden parti adalah antara tiga usul yang akan dibawa UMNO Johor ke perhimpunan agung parti pada Sabtu ini yang diyakini dapat mengekang budaya bolot dalam UMNO.

Pengerusi UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata cadangan lain ialah pemimpin UMNO tidak semestinya menjadi calon pilihan raya dan wakil rakyat.

“Ini sebagai usaha membendung monopoli dalam parti dan bagi meraih (kembali) keyakinan masyarakat.

“Macam saya katakan baru-baru ini (tentang) ‘bolot dalam parti’, supaya kita akan lebih menumpukan kepada penerimaan masyarakat kepada wakil rakyat yang hendak diketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Wanita UMNO Negeri di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO, di sini hari ini.

Selain itu, katanya UMNO Johor juga akan mencadangkan penubuhan sebuah institusi kepimpinan yang mampu mencorakkan pergerakan sesebuah parti agar lebih fokus terhadap arah tuju dan berwawasan.

Selain itu, beliau berkata UMNO Johor juga akan menyatakan pendirian mereka mengenai kedudukan dan kepentingan orang Melayu dalam beberapa isu-isu berbangkit supaya tidak dianggap rasis.

Sementara itu, Hasni menyatakan sokongan UMNO Johor terhadap keputusan pimpinan pusat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Okt ini.

“Tujuan diadakan PRK bukan atas sebab-sebab yang lazim seperti kematian atau yang menyebabkan individu itu hilang kelayakan dan sebagainya tetapi dibuat atas tujuan untuk memenuhi aspirasi individu-individu tertentu maka tidak wajar untuk kita bazirkan wang rakyat menyokong PRK tersebut,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd