• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Lulus Jualan Peralatan Tentera AS$330 Juta Ke Taiwan

oleh Haris
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Negara Amerika Syarikat telah meluluskan jualan alat ganti bagi pesawat F-16 dan pesawat lain kepada Taiwan, bernilai sehingga AS$330 juta, menurut Pentagon semalam.

Jualan peralatan ketenteraan AS ke Taiwan terus menjadi faktor memburukkan hubungan AS dengan China. Perincian penjualan ini masih perlu dilakukan antara Taiwan dengan Syarikat AS terlibat.

“Cadangan penjualan ini akan menyumbang kepada dasar luar dan keselamatan nasional AS dengan membantu meningkatkan keselamatan dan kemampuan pertahanan penerima peralatan tersebut, yang telah dan akan terus menjadi kuasa penting untuk mengekalkan kestabilan, imbangan ketenteraan, dan kemajuan ekonomi di rantau terbabit,” kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan di Pentagon.

China bimbang terhadap sikap AS melibatkan Taiwan, yang dilengkapi sebahagian besarnya dengan peralatan buatan AS, dan mahu Washington membekalkannya dengan peralatan lebih maju.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, pejabat presiden Taiwan berterima kasih pada AS atas sokongannya dan berkata pulau itu akan terus bekerjasama dalam hal keselamatan dengan AS.

Menurut pakar ketenteraan, imbangan kuasa kini telah beralih kepada China, yang berkemampuan menewaskan Taiwan dengan mudah dalam sebarang konflik bersenjata sekiranya AS tidak membantu.

Permintaan bernilai AS$330 juta itu meliputi alat ganti bagi “F-16, C-130, F-5, pesawat IDF, sistem dan subsistem pesawat lain, dan elemen lain melibatkan logistik dan program sokongan,” menurut Pentagon.

Jelas Pentagon lagi, cadangan penjualan itu perlu untuk mengekalkan kekuatan pasukan pertahanan udara Taiwan, dan tidak akan mengubah imbangan ketenteraan serantau. – Reuters

Tags: Amerika Syarikattaiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd