• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN: Tunai Janji Segera Jika Pernah Lafaz Akad, Kontrak

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pihak yang berjanji untuk melakukan sesuatu perlu menunaikan janjinya mengikut kemampuan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor, Rumaizi Ahmad berkata, terdapat janji yang boleh dilaksanakan secara segera dan ada janji yang hanya boleh dilaksanakan secara berperingkat kerana melibatkan pelbagai perkara termasuk pentadbiran, birokrasi, peruntukan undang-undang dan sebagainya.

Menurutnya, aspek menunaikan janji dalam bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebenarnya berdepan dengan beberapa isu namun jika pihak tersebut berusaha untuk menunaikan janjinya, ia belum boleh dikatakan memungkiri janji kerana proses pelaksanaannya mempunyai kekangan tertentu.

“Bagaimanapun, apabila melihat isu peminjam PTPTN pula, mereka sebenarnya telah berjanji melalui akad atau kontrak yang mereka akan membayar pinjaman PTPTN berdasarkan syarat yang dipersetujui.

“Maka peminjam adalah pihak yang telah berjanji dengan kontrak untuk membayarnya dan wajib menunaikan janjinya sama ada peminjam menandatangani kontrak untuk membayar balik atau tidak, ia adalah hutang yang tetap perlu dibayar berdasarkan hadis,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai adakah mereka dianggap munafik sekiranya tidak menunaikan janji, Rumaizi berkata, benar terdapat hadis yang menyatakan tanda-tanda orang munafik antaranya jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jika diberi amanah ia mengkhianati.

Namun, ia bukan sandaran untuk mengatakan seseorang itu munafik kerana tuduhan itu adalah berat.

“Munafik ialah Islam pada zahir dan kafir pada batinnya. Menuduh orang lain munafik seolah-olah menuduh ia menjadi kafir batinnya.

“Tanda atau ciri-ciri munafik hanya sebagai peringatan kepada kita dan bukan untuk ditujukan kepada orang lain. Jika memungkiri janji menjadi asas untuk menuduh orang munafik, maka peminjam PTPTN akan tergolong dari kalangan yang sama kerana mereka telah menandatangani kontrak yang mengikat janji untuk membayar hutang mereka,” katanya.

Bagaimanapun, tuduhan-tuduhan munafik dan sebagainya perlu dihentikan manakala pengguna laman sosial antara kumpulan yang turut disaran menghentikan sebarang perkara yang boleh menimbulkan fitnah dalam masyarakat.

Sebelum ini, bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman pendidikan mereka tidak seharusnya dimarahi sebagai golongan yang tidak amanah dan memalukan bangsa sendiri.

Katanya, golongan tersebut juga tidak seharusnya dimarah untuk mengabaikan janji manifesto PH. – Sinar Harian Online

Tags: PTPTNulama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd