• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Ada Petunjuk Siapa Bekal “Arak Beracun” – Polis

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor masih belum dapat mengenal pasti pembekal arak yang mengorbankan 24 individu di negeri itu sejak kejadian dilaporkan pada 17 Sept lalu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya kini meningkatkan kerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kastam bagi memeriksa premis yang disyaki menjual arak terbabit.

“Selain itu, kita kena sahkan kesahihannya sama ada (arak) tulen atau diciplak. Arak-arak ini kebanyakannya tidak ada label Kastam.

“Kita juga masih menyiasat siapa pembekal arak-arak ini dan sama ada ia datang daripada sumber yang sama. Setakat ini kita masih belum ada sebarang petunjuk mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya siasatan dilakukan menurut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.

Mazlan berkata setakat ini, pihaknya telah menahan 15 peniaga dan pekerja premis menjual arak terbabit merangkumi lapan warga tempatan serta tujuh warga asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an menerusi 17 serbuan di Shah Alam, Gombak, Sungai Buloh, Kajang dan Klang Selatan.

Katanya daripada serbuan itu, sebanyak 1,480 botol arak dan 1,670 tin bir pelbagai jenama telah dirampas.

“Jumlah kematian sehingga kini kekal 24 orang di Selangor, 17 masih dirawat dan 17 lagi telah dibenarkan keluar dari hospital.

“Mengenai laporan bedah siasat mangsa yang maut, kita masih belum menerima laporan rasmi daripada hospital dan Jabatan Kimia,” katanya.

Sejak 17 Sept lepas, lebih 30 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan akibat keracunan arak. – BERNAMA

Tags: keracunan alkoholpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd