• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Port Dickson: UMNO Tidak Akan Letak Calon

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan atas tiga faktor utama termasuk mempertahankan prinsip dan pendirian, memberi fokus kepada rejuvenasi parti dan bagi melakukan analisis serta kajian mendalam terhadap tahap sokongan di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, sangat penting UMNO mengekalkan prinsip untuk tidak berkompromi dengan tindakan mengosongkan kerusi secara sengaja semata-mata demi menjayakan cita-cita politik individu.

“Tindakan mengosongkan kerusi dengan sengaja semata-mata untuk memberikan laluan kepada seseorang mengejar jawatan politiknya sama sekali tersasar dari objektif moral sesuatu pilihan raya.

“UMNO menolak sekeras-kerasnya tindakan ‘self-centric’ yang mendasari keputusan mengadakan PRK Port Dickson. Ini bukanlah kali pertama tindakan sebegini dilakukan di negara kita,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, UMNO mesti memfokuskan kepada usaha melaksana dan merancakkan agenda rejuvenasi parti pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, tiada agenda yang lebih penting waktu ini selain daripada menjayakan usaha memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli dan rakyat terhadap UMNO.

“Melibatkan diri dalam PRK pada waktu ini tidak akan membantu usaha reformasi parti malah akan mengheret parti ke kancah ‘politiking’ yang menyimpang dari usaha membawa pembaharuan dalam UMNO,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, amat penting untuk UMNO melakukan analisis dan kajian mendalam terhadap tahap sokongan di semua kawasan Parlimen dan DUN di seluruh negara.

Dengan cara itu katanya akan membolehkan UMNO merangka pelbagai strategi jangka pendek dan panjang yang khusus dan strategik kepada kelangsungan parti.

“Kajian seumpama ini juga akan membolehkan UMNO mengurus peranannya dalam landskap Malaysia baru ini secara lebih berkesan. Berdasarkan semua alasan ini, saya berpandangan bahawa UMNO tidak perlu terlibat dalam PRK Port Dickson.

“Peranan UMNO adalah lebih besar dari hanya bertanding dalam pilihanraya kecil yang dilaksanakan dengan mengenepikan prinsip moral sesuatu pilihanraya itu diadakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: PRK Port DicksonUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd