JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengesan dan menjejaki semula kira-kira 14,000 yang memperoleh lesen terbang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya mempunyai senarai lengkap individu yang terlibat dan memberikan mereka tempoh dua bulan untuk memulangkan semula lesen yang dimiliki.
“Kita akan lihat dahulu apa yang berlaku sebenarnya (pemberian lesen terbang) dan selepas itu barulah kita tengok apa bentuk tindakan lanjut disyorkan oleh jawatankuasa khas terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat bekas pegawai JPJ yang mengalami hilang upaya kekal di kediamannya di Pekan Nanas, Pontian pagi tadi.
Shaharuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan di peringkat dalaman terhadap pegawainya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sama ada wajar dikenakan tindakan tata tertib atau sebaliknya.- UTUSAN ONLINE

