• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Tidak Turunkan Had Umur Perkahwinan

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Had umur perkahwinan di Johor tidak akan diturunkan sebaliknya akan dikekalkan atau dinaikkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan.

Beliau berkata perbincangan akan diadakan bersama Jabatan berkaitan termasuk Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung perkara itu pada bulan hadapan.

“Saya telah cadangkan satu muzakarah khas berkaitan keizinan had umur perkahwinan minimum yang dibenarkan sama ada akan dikekalkan atau dinaikkan dengan meneliti faktor atau sebab mengikut situasi semasa,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat perjalanan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, di sini hari ini.

Buat masa ini katanya, had umur masih kekal iaitu 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki yang dibenarkan berkahwin mengikut perundangan kecuali hal-hal terpencil dengan faktor yang tidak dapat dielakkan, mungkin akan dapat kebenaran khas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman sosial rasmi baginda yang menyelar cadangan seorang mufti menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 tahun.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mencadangkan untuk menaikkan had usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamatan dan hak kanak-kanak di negara ini.

Kertas kerja mengenainya akan disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi mendapatkan sokongan.

Dalam perkembangan lain, satu mesyuarat bersama jawatankuasa panel penasihat dan sekretariat bagi penubuhan Universiti Johor akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Aminolhuda berkata pihaknya akan meneliti beberapa perkara termasuk mengenai sokongan kewangan, kemampuan tenaga pengajar dan silibus pengajaran.

“Ia (Universiti Johor) sedang berjalan, kita nak tengok dari segi kewangan iaitu sokongan kewangan daripada kerajaan negeri untuk menubuhkannya serta kita perlukan sekurang-sekurang 50 peratus tenaga pengajar memiliki kelulusan doktor falsafah (PHD), tambah beliau lagi.

Beliau turut menjangkakan pengambilan pertama pelajar untuk Universiti Johor akan dijalankan selewat-lewatnya pada tahun 2022. – BERNAMA

Tags: JohorPerkahwinan Bawah Umur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd