• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Ancaman Sepanjang Penggambaran Paskal

oleh
23/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan tiada sebarang ancaman dialami sepanjang penggambaran filem Paskal di sekitar Semporna, Sabah.

Panglimanya, Laksamana Pertama Anuar Alias berkata pihaknya sangat menitikberatkan keselamatan pelakon dan kru sepanjang penggambaran berlangsung di lokasi berkenaan.

“Yang keluar itu (berita membabitkan dakwaan hampir diculik) khabar angin atau ada pihak yang sengaja mengadakan cerita untuk cari glamor.

“Tiada sebarang ancaman terhadap mereka dan mereka (pelakon dan kru pengambaran) selamat dan sentiasa dalam kawalan kami sepanjang masa, malah Komander Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) juga sudah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tayangan Filem Paskal anjuran Persatuan Veteran Paskal di sebuah pusat membeli belah di Manjung di sini hari ini.

Terdahulu hampir 1,000 penonton menyaksikan tayangan filem itu yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Anuar berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang pelakon lelaki filem berkenaan, bahawa dia dan seorang lagi pelakon nyaris diculik lanun ketika penggambaran filem Paskal di Semporna, pertengahan tahun ini.

Beliau berkata pihaknya berharap perkara itu tidak diperbesarkan dan berharap orang ramai menyokong filem berkenaan serta melihat kejayaan misi yang dilaksanakan dan tugas pasukan elit TLDM itu.

Sementara itu, Anuar berkata sebahagian hasil kutipan tiket filem itu pada hari ini disalurkan kepada tabung Persatuan Veteran Paskal.

“Di Lumut sahaja ada kira-kira 500 veteran Paskal dan ada antara mereka menamatkan perkhidmatan dengan pencen dan tidak berpencen serta ada yang antaranya tiada pendapatan tetap serta sakit. – BERNAMA

Tags: paskal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Paskal Maut Terkena Bom Ikan

07/02/2019
0

SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong pada 5.45 petang...

Pusat Latihan Paskal Bakal Terbaik Di Rantau Ini

17/11/2018
0

LUMUT - Pusat latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) yang kini siap dibina di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd