• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Kecoh Di Pemilihan PKR Di Merbok Dan Jerai Sengaja Dirancang

oleh
23/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Insiden kekecohan yang berlaku pada proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di cabang Merbok dan Jerai semalam dipercayai dilakukan pihak tertentu yang sememangnya dirancang lebih awal dan membabitkan pemimpin tempatan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul berkata ia berdasarkan kepada insiden yang berlaku berturut sebelum itu yang pada mulanya di Sungai Petani diikuti Merbok dan Jerai selepas itu.

“Mereka dipercayai individu sama yang seramai lebih 50 orang dan terdapatnya beberapa pemimpin parti tempatan yang membuat kecoh di Sungai Petani dan kemudiannya di dua tempat itu.

“Saya sendiri melihat kejadian itu ketika melawat pusat pemilihan cabang Jerai di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Choong Hwa di Gurun apabila sekumpulan individu datang merempuh dewan dan bertindak ganas secara tiba-tiba,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Polis telah menahan 10 lagi lelaki yang dipercayai terlibat menimbulkan kekecohan semasa pemilihan PKR Cabang Merbok sehingga menyebabkan kecederaan dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata tangkapan itu sekali gus menjadikan keseluruhan 14 lelaki berumur lingkungan 20 hingga 50-an ditahan polis untuk membantu siasatan kes itu.

Berikutan itu pada lewat malam tadi, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memutuskan proses pengundian bagi pemilihan PKR 2018 di lima negeri – Kedah, Perak, Perlis, Melaka dan Johor – ditangguh manakala keputusan pengundian di Pulau Pinang diterima.

Ekoran itu keputusan enam cabang di Kedah dibatalkan semuanya berikutan beberapa isu berbangkit di pusat-pusat mengundi.

Johari yang juga Anggota Parlimen Sungai Petani dan turut bertanding bagi jawatan Naib Presiden bagi pemilihan ini kesal dan menyifatkan keadaan itu sepatutnya tidak berlaku dan mengharapkan JPP bersedia lebih awal untuk tarikh pemilihan baharu.

Beliau turut mencadangkan agar pemilihan secara manual boleh digunakan sekiranya sistem e-undi mengalami masalah.

“Bersedia lebih awal dengan menggunakan dewan yang besar dan sesuai, anggota keselamatan yang mencukupi dan pelan tindakan sekiranya berlaku masalah sistem,” katanya.

Johari juga turut memohon maaf kepada anggota parti yang masih terkejut dengan keadaan itu dan berharap rakyat tidak membuat tuduhan terhadap parti berhubung isu itu.

“Biarlah polis membuat siasatan terhadap insiden berlaku dan semoga ia menjadi pengajaran kepada semua,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Johari Abdul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

Ahli Parlimen Sokong Hukuman Tidak Beretika Ketika Sidang

Ahli Parlimen Sokong Hukuman Tidak Beretika Ketika Sidang

05/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong hasrat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mahu mengenakan hukuman berat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd