• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat Keracunan Arak Meningkat

oleh
23/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah terkini kematian akibat keracunan alkohol di seluruh negara setakat pukul 2 petang ini meningkat kepada 36 orang, dengan kes kematian terbaharu dicatatkan di Perak semalam.

Di Ipoh, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata lelaki tempatan itu berumur lingkungan 33 hingga 40-an, yang sebelum ini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, meninggal dunia pada pagi Sabtu.

“Seorang lagi mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di HRPB, manakala seorang lagi dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Memory Walk 2018’ bagi Kesedaran Dementia di sini, hari ini.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat keracunan arak di Perak meningkat kepada tiga.

Pecahan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan alkohol sehingga berita ini ditulis adalah 24 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.

Sivanesan berkata setakat ini tiada kes baharu dilaporkan di Perak menjadikan kes keracunan alkohol kekal lima.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata wabak beguk dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di sini baru-baru ini.​

Tanpa menyatakan jumlah pelajar terlibat, beliau berkata keadaan adalah terkawal. – BERNAMA

Tags: arak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd