• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Kenalpasti Tiga Punca Utama Gejala Rasuah

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenalpasti sektor perolehan dan penguatkuasaan serta individu yang mempunyai kepentingan dan kuasa menjadi penyumbang utama gejala rasuah di negara ini, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

“Rasuah melibatkan perolehan dan individu berkepentingan mempunyai kaitan kerana pihak berkenaan mempunyai kuasa dalam meluluskan sesesuatu projek.

“…ini antara penyebab ketirisan ekonomi negara sama ada wang hilang akibat jenayah rasuah atau wang tidak dikutip akibat jenayah (rasuah) ini,” katanya selepas menjadi tetamu bual bicara #SPRM360 terbitan Bernama Radio di sini, hari ini.

Azam berkata, bagaimanapun, pihaknya tetap komited dalam mengendalikan kes berprofil tinggi yang menyebabkan ketirisan wang negara.

“Kita tidak mahu jenayah ekonomi seperti ini menyebabkan kita kehilangan lebih banyak wang negara.

“Walaupun gejala rasuah di negara kita ini boleh dianggap serius, namun ia masih boleh dikawal…dengan kerjasama masyarakat dan SPRM ia mampu dibanteras,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dikenakan pakaian lokap SPRM berwarna oren, Azam berkata pemakaian pakaian lokap dan bergari untuk suspek kes rasuah adalah tertakluk kepada budi bicara pegawai penyiasat.

“Bukan Najib sahaja yang tidak pakai (baju oren dan gari). Ramai lagi yang tidak pakai. Orang bertanya mengapa. Ia adalah kuasa budi bicara penyiasatan.

“Sekiranya pegawai penyiasat merasakan suspek perlu pakai baju oren, bergari, ia bergantung kepada aspek kemudaratan. Sekiranya ia mendatangkan kemudaratan, maka ia perlu,” katanya.

Khamis lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 25 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM3.5 juta yang perlu dibayar secara berperingkat sehingga 28 Sept. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd