• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Mengaku Harga Barang Naik Selepas SST – Najib

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, akhirnya mengakui bahawa harga barang naik selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan.

Katanya, pengakuan Guan Eng itu berbeza dengan kenyataan pembantunya (pegawai khas Menteri Kewangan) Tony Pua yang pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barang akan turun dengan SST.

“Guan Eng kini kata SST bukan sebab utama untuk kenaikan harga barang tetapi banyak faktor-faktor lain seperti barang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

“Dahulu, beliau berulang kali kata punca harga barang naik ialah kerana GST. Malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.

“Kini dia kata pula harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan oleh banyak faktor-faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?” kata bekas Perdana Menteri itu dalam catatan terbaharu beliau di Facebooknya hari ini.

Khamis lalu, Guan Eng berkata elemen percukaian seperti SST bukanlah satu-satunya penyebab kenaikan kos harga barangan, sebaliknya turut dipengaruhi faktor termasuk pergerakan harga produk terbabit.

Katanya, faktor itu termasuk barang yang diimport, penyusutan nilai ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan.

“Kenaikan harga juga lazimnya disebabkan oleh permintaan dan penawaran sesuatu barang serta perkhidmatan dalam pasaran,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd