• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keracunan Arak: Majikan Perlu Pantau Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Majikan yang menggaji pekerja asing diminta memantau keadaan mereka berikutan insiden keracunan alkohol membabitkan puluhan orang maut termasuk warga asing.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata minuman keras yang berharga murah sering menjadi pilihan warga asing selain ada di antara mereka yang boleh menghasilkan sendiri minuman beralkohol.

“Saya berharap majikan di negara ini akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pemeriksaan di premis kediaman pekerja asing sekiranya mereka mengambil minuman beralkohol yang berbahaya bagi mengelakkan situasi keracunan arak bertambah teruk.

“Kita mahu pekerja asing yang datang ke sini untuk memperoleh pendapatan yang baik dan sanggup berjauhan dengan keluarga masing-masing tidak menjadi mangsa keracunan tersebut,” katanya.’

Beliau ditemui pemberita pada Program Gaya Hidup Sihat Bersama Menteri Sumber Manusia yang disertai kira-kira 100 peserta terdiri daripada kakitangan dan pegawai kementerian di Bukit Kledang, Menglembu di sini, hari ini.

Kula Segaran diminta mengulas mengenai insiden keracunan alkohol sehingga membawa maut yang berlaku turut membabitkan pekerja asing antaranya warga Nepal, Bangladesh serta Myammar menjadi mangsa keracunan.

Sejak Isnin lalu, lebih 20 orang yang terdiri daripada warga asing dan tempatan meninggal dunia dan berpuluh lagi dirawat di hospital di sekitar Lembah Klang dan Perak akibat keracunan alkohol.

Dalam pada itu, Kula Segaran mesyuarat Kabinet Rabu lepas mengarahkan kementerian yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan tegas serta melakukan pemantauan lebih ketat terhadap pemilik premis yang didapati menjual arak berkualiti rendah.

“Kita (jemaah menteri) mencadangkan tindakan tegas perlu diambil kerana penjualan minuman beralkohol ini mudah didapati di mana-mana dan rakyat dinasihatkan supaya tidak mengambil minuman keras (kualiti rendah) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunan alkoholpekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd