• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akar Umbi PKR Berpecah Kerana Azmin, Zuraida

oleh
21/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOKONGAN akar umbi terhadap pemimpin PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dijangka berpecah kerana kegagalan urus tadbir perjalanan parti di peringkat negeri.

Perkara tersebut didedahkan oleh Penolong Setiausaha AMK Pusat, Syed Badli Shah Syed Osman sambil berkata tindakan mereka berdua itu telah menyebabkan ramai anggota akar umbi tidak berpuas hati.

“Hasil tinjauan saya terhadap 22 cabang Keadilan di Selangor mendapati rata-rata anggota akar umbi menyifatkan Azmin gagal berlaku adil khususnya dalam pembahagian jawatan lantikan politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas ketua AMK Selangor itu turut mendakwa bahawa Zuraidah memainkan peranan dalam usaha ‘cantas’ individu yang dilihat sebagai tidak sependapat dengan Azmin meskipun mereka ada potensi dalam politik.

“Keadaan ini bertambah buruk dengan peranan yang dimainkan sendiri oleh timbalan pengerusi negeri (Zuraidah), untuk tidak meraikan malah terus mencantas mereka yang dilihat tidak sependapat dengan Azmin.

“Rata-rata mereka yang masih menyokong gandingan Azmin dan Zuraidah adalah mereka yang berkepentingan serta mendapat manfaat secara langsung seperti jawatan lantikan politik,” kata Syed Badli.

Tambahnya, pemilihan PKR kali ini menyaksikan 20 daripada 22 cabang parti itu di Selangor berlaku pertembungan untuk jawatan ketua cabang.

“Hampir semua penyandang yang pro kepada Azmin dan Zuraidah dicabar oleh calon dari akar umbi. Keadaan ini berlaku berikutan akar umbi berasa tidak puas hati dengan gaya kepimpinan Azmin dan Zuraidah,” katanya lagi.

Semalam, Azmin meminta ahli parti tidak pertikai kesetiaannya kepada PKR yang didokongnya selama ini dan berkata ada pihak tertentu buat dakwaan liar konon dirinya tidak setia terutama menjelang pemilihan parti tersebut.

Terdahulu, calon naib presiden PKR, Zuraida dilaporkan berkata bahawa beliau memilih untuk mengabaikan serangan kepada dirinya dan pihak yang bersama dengan Azmin.

“Tak apalah itu cara dia. Kalau begitu cara dia berkempen, jadi itu tidak matang. Saya lebih suka mengamalkan politik matang, jadi tak apalah, kami akan abaikan sesiapa yang tidak matang,” katanya.

Sabtu ini, seramai 105,056 ahli PKR layak mengundi pada pemilihan parti itu bermula di dua negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang. Pemilihan peringkat Selangor akan diadakan pada 13, 14 dan 21 Oktober ini. – Mynewshub.TV

Tags: PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd