• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pocket Park’ Laman Lucky Tarikan Terbaru Di Bangsar

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Pocket Park’ Laman Lucky Garden bakal menjadi tarikan terbaru di Bangsar sebagai ruang beriadah yang dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau buat komuniti di kawasan itu.

Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata ‘pocket park’ berkeluasan 600 meter persegi itu pada asalnya adalah ruang terbiar telah dinaik taraf menjadi ruang rekreasi yang kini boleh memanfaatkan warga kota.

Kerja-kerja di tapak telah bermula pada 2 Mei lepas dan telah siap sepenuhnya pada 16 Sept lepas yang menelan kos sebanyak RM500,000, katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Pocket Park’ Laman Lucky Garden di sini, hari ini.

Fahmi berkata pembinaan ‘pocket park’ ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja menaik taraf kawasan Lucky Garden yang merangkumi naik taraf laluan pejalan kaki, penanaman pokok-pokok, memasang lampu jalan, memasang papan tanda dan menambah petak parkir.

“Projek-projek naik taraf itu adalah bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan komuniti setempat, selain memanfaatkan kawasan terbiar untuk dijadikan ruang awam yang aktif.

“Ia juga dapat mencetuskan ‘sense of belonging’ dalam kalangan komuniti supaya bersama-sama menghargai dan menjaga kemudahan yang disediakan bagi membanteras vandalisme,” katanya.

Fahmi berkata penglibatan komuniti Lucky Garden dalam menaik taraf kawasan ini akan menjadi contoh dan rujukan kepada komuniti lain di ibu kota. – BERNAMA

Tags: bangsarPocket Park
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Mangsa Ragut Di Bangsar Meninggal Dunia, Fahmi Zahir Takziah

Warga Emas Mangsa Ragut Di Bangsar Meninggal Dunia, Fahmi Zahir Takziah

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Isnin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan Lim Foong Mei, warga...

Iklan ‘Pelacuran’ Terpampang Di Sri Hartamas, Bangsar?

18/12/2019
0

KURANG dua minggu lagi menjelang 2020, banyak arus pembangunan yang dibuat di Malaysia selaras dengan teknologi dunia yang semakin canggih....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd