• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahan 3 Lelaki,Rampas 78.7 Kg Ganja

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis percaya satu lagi satu lagi sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang tumpas apabila tiga lelaki termasuk dalang utama kumpulan itu diberkas selain merampas 78.7 kilogram (kg) ganja bernilai RM236,000 menerusi empat serbuan di sekitar negeri itu pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata tiga lelaki berusia 31 hingga 42 tahun dan tidak bekerja itu ditahan dalam operasi bermula 12.30 tengah malam hingga 5.10 pagi oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Serbuan pertama di tepi jalan di Taman Pekaka dan polis menahan seorang lelaki bersama satu ketulan mampat ganja seberat 1.05kg dipercayai sedang menunggu pelanggan dan susulan itu kami menyerbu sebuah rumah di taman yang sama dan merampas 9.05kg ganja,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan, polis menahan seorang lagi lelaki yang berada di dalam sebuah kereta jenis Honda City di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Juru dekat sini, sebelum menyerbu sebuah rumah di Mount Erskine di Tanjung Tokong dan menangkap dalang utama sindiket itu.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta Honda City lelaki terbabit, polis merampas 68 ketulan ganja seberat 68.93kg yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta itu yang telah diubah suai.

Roslee berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mendapatkan bekalan ganja dari negara jiran sebelum menyeludup masuk dan menjualnya di sekitar Pulau Pinang. Mereka dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak sebulan lepas.

“Polis turut menyita wang dalam akaun bank hampir RM300,000 serta sebuah kereta mewah Toyota Vellfire dan sebuah motosikal,” katanya.

Beliau berkata seorang daripada tiga lelaki terbabit mempunyai tujuh rekod lampau dan kesemua mereka kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya bahi tempoh Januari hingga 19 Sept, seramai 8,191 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk mengedar dadah dan pihaknya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM190.5 juta.

“Tahun ini banyak kejayaan rampasan dadah, antara yang kami rampas ialah syabu sebanyak 2,285.8kg, ganja (877.5kg), heroin (121.8kg), ketamin (25.8kg), pil eramin 5 (3.8 juta biji), pil yaba (452,278 biji) dan pil eskstasi sebanyak 32,783 biji,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: ganjapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd