• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Sabah Mahu Jadikan Pasukan Mosar Bertaraf Dunia

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah bercadang menjadikan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu atau MOSAR sebagai satu pasukan mencari dan menyelamat gunung bertaraf dunia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dan Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba (PKPjB) Mohd Nordin Pauzi yang akan melepaskan jawatannya itu berkata hasrat berkenaan sesuai dengan kedudukan Gunung Kinabalu sebagai destinasi pelancongan terkenal di seluruh dunia serta memerlukan pasukan penyelamat bertaraf dunia.

“Pasukan ini akan dimantapkan dengan latihan dan peralatan dan sebagainya… sebagaimana pengiktirafan kerajaan kepada pasukan ini dengan pemberian elaun tetap sebanyak RM200 setiap anggota (sebulan), sebagai timbal balas, pasukan ini perlu menunjukkan prestasi yang tinggi seiring dengan pengiktirafan dunia terhadap Gunung Kinabalu itu sendiri.

“Gunung Kinabalu ini mendapat pengiktirafan dunia, dikunjungi pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia. Jadi Jabatan Bomba juga akan menyediakan pasukan ini dengan kemudahan-kemudahan tertentu yang setimpal dan bertaraf dunia,” katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima jawatan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Nordin menyerahkan jawatan sebagai pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah kepada PKPjB Kamarulzaman Malik Abdullah. Nordin yang berkhidmat selama tujuh tahun di Sabah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Menurut Nordin pihaknya telah membuat pembelian pelbagai peralatan seperti pengusung dan peralatan tali penyelamat selain menubuhkan Pusat Kecemerlangan di Balai Bomba dan Penyelamat Ranau untuk dijadikan pusat latihan bagi anggota pasukan MOSAR.

Katanya 40 anggota MOSAR yang ada akan menjalani latihan sebanyak dua kali seminggu di pusat itu termasuk latihan menyelamat, latihan menggunakan tali, latihan Perkhidmatan Kecemasan Perubatan dan Menyelamat (EMRS) dan teknik penyelamatan di aras tinggi.

Nordin yakin pasukan MOSAR apabila mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai agensi termasuk Taman-Taman Sabah, akan mencapai prestasi lebih tinggi.

“Pihak bomba berterima kasih kepada pihak Taman-Taman Sabah kerana menyediakan satu bilik khas, dilengkapi 14 buah katil, kepada anggota MOSAR di Laban Rata, selain sebagai penempatan anggota dan juga sebagai tempat menyimpan peralatan pasukan MOSAR,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: BombaSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd