• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Pelahap Kena ‘Gam’

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Seorang lelaki diharamkan masuk ke restoran sushi yang menawarkan pakej makan sebanyak mana yang mampu dihabiskan, selepas dia ‘melahap’ 100 pinggan makanan hingga menyebabkan pemilik premis itu mengalami kerugian.

Jaroslav Bobrowski yang juga atlet triatlon dilapor mengamalkan diet khas iaitu tidak makan apa-apa selama 20 jam dan selepas itu akan makan sehingga kenyang.

Minggu lalu, Bobrowski, 30, dan teman wanitanya pergi ke restoran Running Sushi di Landshut, Bavaria. Mereka membayar 15.90 euro (RM77) seorang untuk pakej makan sebanyak mana yang mampu dan berada di restoran berkenaan selama sejam setengah untuk makan kira-kira 100 pinggan sushi.

Kerana makan terlalu banyak, pelayan di restoran berkenaan tidak mengambil pinggan di mejanya dan apabila Bobrowski mahu keluar dia diberitahu dia tidak diterima lagi datang ke premis berkenaan.

Biasanya seorang dewasa hanya makan 20 hingga 25 pinggan sushi dan pemilik restoran beranggapan Bobrowski yang makan hingga 100 pinggan sushi itu tidak baik untuk perniagaan mereka.

“Pelanggan ini sudah beberapa kali datang ke restoran kami dan kali ini kami mendapati dia makan hingga 100 pinggan sushi, ini bukan sesuatu yang normal.

“Kami tidak suka menghalau pelanggan tetapi dalam kes ini kami terpaksa kerana dia makan terlalu banyak hingga tiada lagi sushi untuk pelanggan lain. Kami minta maaf,” kata seorang pekerja Running Sushi kepada akhbar Donaukurier.

Bobrowski yang bekerja sebagai jurutera perisian pada mulanya terkejut dengan tindakan restoran itu tetapi selepas cerita mengenai dirinya itu tular di Jerman dia akhirnya berasa bangga. – Agensi/myMetro Online

Tags: pengunjungrestoran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

31/01/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd