• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iran Desak PBB Kecam Israel

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Iran meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk ancaman Israel terhadap Tehran serta pemilikan program senjata nuklear, lapor media negara itu semalam.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggunakan lawatan ke reaktor atom rahsia Israel pada akhir Ogos lalu untuk memberi ama­ran kepada musuh-musuh negara itu.

Beliau berkata, Israel mempunyai pelbagai cara untuk memusnahkan musuh yang dianggap memberi rujukan tersirat terhadap gudang senjata nuklear milik mereka.

“Anggota PBB tidak boleh menutup mata terhadap ancaman-ancaman ini dan mesti mengambil tindakan tegas bagi menghapuskan semua gudang senjata nuklear Is­rael,” agensi berita Fars memetik Duta Besar Iran ke PBB, Gholamali Khoshrou sebagai berkata dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Majlis Keselamatan.

Khoshrou juga meminta PBB memaksa Israel me­nyertai Persidangan Kajian Semula Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan membawa program nuklearnya di bawah pengawasan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang merupakan sebuah badan pemerhati atom PBB.

Israel yang tidak tergolong dalam NPT, tidak mengesahkan atau menafikan mempunyai bom nuklear, satu dasar yang dianggap ‘tidak jelas’.

Israel sedang cuba melobi kuasa besar dunia untuk mengikut jejak langkah Amerika Syarikat keluar daripada perjanjian pada tahun 2015 antara kuasa Barat dengan Iran yang menutup keupayaan nuklear negara Republik Islam itu sebagai balasan bagi membatalkan sekatan ekonomi. – Reuters/BH ONLINE

Tags: IranIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd