• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tentera Myanmar Diisytihar Pembunuhan Beramai-Ramai

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA – Penggubal undang-undang di Kanada semalam, sebulat suara mengisytiharkan tindakan tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya sebagai insiden pembunuhan beramai-ramai.

Keputusan Dewan Rakyat itu, sekali gus mengesahkan hasil penemuan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjalankan misinya ke Myanmar, iaitu jenayah kemanusiaan berlaku terhadap etnik Rohingya dan tindakan itu disokong oleh komander tertinggi tentera Myanmar.

Dalam usul yang dikemukakan, penggubal undang-undang Kanada berkata, mereka mengakui jenayah ke atas Rohingya adalah satu bentuk pembunuhan beramai-ramai.

Justeru, mereka mendesak Majlis Keselamatan PBB (UNSC) supaya merujuk kes itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa, selain menggesa siasatan ke atas jeneral tentera Myanmar dan mereka perlu didakwa kerana melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Ramai orang dah mencuba #MaggiPedasGiler tetapi adakah anda yakin anda tahan makanan yang #PedasGiler ini? Kami cabar anda agar sertai #CabaranKontrolMacho ini dan buktikan kehebatan anda!

“Saya mahu menekankan bagaimana tragik, bagaimana dahsyatnya jenayah terhadap penduduk Rohingya ini.

“Kami mahu mengetuai usaha antarabangsa untuk mendapatkan keadilan bagi Rohingya.

“Oleh itu, keputusan hari ini, adalah langkah penting bagi usaha berkenaan,” kata Menteri Luar, Chrystia Freeland.

Tindakan tentera Myanmar itu menyebabkan lebih 700,000 penduduk Islam Rohingya meninggalkan negara itu menuju ke Bangladesh.

Mereka kini berlindung di beberapa kem penempatan sementara di negara itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: Etnik RohingyaTentera Myanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

04/07/2022
0

BANGKOK – Dua penduduk terbunuh, tiga cedera, manakala 92 lagi melarikan diri ke Thailand apabila pesawat pejuang tentera Myanmar mengebom...

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd