TEGAS… Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ibu negara atas empat pertuduhan salah guna kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Ini termasuk apabila bekas presiden UMNO itu juga didakwa telah salah guna kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.
Selain itu, Najib juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas 21 pertuduhan lagi mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu selepas Peguam Negara, Tommy Thomas umum tarik diri secara mengejut pada akhir bulan lepas.
Kes berprofil tinggi itu turut tarik perhatian pelbagai pihak apabila ia didakwa bermotifkan politik dendam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tutup kelemahan pentadbiran mereka urus tadbir negara sejak berkuasa.
Kebetulan, ‘skrip drama’ sama pernah digunakan perdana menteri yang sama, Tun Dr. Mahathir Mohamad genap 20 tahun lalu apabila timbalannya waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dan didakwa konon atas kes liwat.
Tindakan ketua kerajaan dengan usia tertua di dunia itu cetus spekulasi bahawa kes Najib sengaja direka bagi alih perhatian rakyat yang marah kepada PH kerana gagal tunai segala janji manis mereka. – Agensi/Mynewshub.TV

