• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ditahan Hadapi 21 Pertuduhan

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan di perkarangan pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Menara KPJ,Jalan Tun Razak di sini pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan Najib dibuat apabila Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Beliau kemudian akan didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Noor Rashid memberitahu, sebanyak 21 pertuduhan melibatkan dolar AS681 juta telah disediakan iaitu sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram, lima pertuduhan melibatkan pengunaan wang haram manakala tujuh lagi pemindahan wang haram ke entiti lain.

Jelasnya, tangkapan dan pertuduhan itu dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – UTUSAN ONLINE

Tags: Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang HaramPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd