• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aspek Kebajikan Keutamaan Kem. Kerja Raya Pada Bajet 2019

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Aspek kebajikan rakyat menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya pada permohonan Bajet 2019 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada November depan.

Timbalan Menterinya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata keutamaan tidak lagi melibatkan projek mega yang tidak mendesak, sebaliknya diberikan kepada projek yang memanfaatkan rakyat negara ini.

“Ada beberapa tempat yang memerlukan lampu isyarat, pelebaran jalan dan penambahbaikan jalan raya atau membina jejantas kerana kesesakan teruk atau kawasan itu lokasi utama kemalangan berlaku.

“… daripada berbelanja bilion ringgit untuk projek mega, mengapa tidak kita belanjakan jumlah yang sama untuk projek rakyat bagi mengurangkan risiko kemalangan,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di sekitar daerah ini, hari ini.

Mohd Anuar menambah selain infrastruktur, keutamaan juga diberikan kepada pelaksanaan menaiktaraf sekolah uzur di pedalaman dan hospital yang memerlukan kerja penambahbaikan bagi kemudahan rakyat.

Beliau menambah ketetapan itu juga selari dengan arahan Kementerian Kewangan supaya projek mega yang masih belum dilaksanakan, belum memasuki peringkat serah terima atau baharu 15 peratus dilaksanakan ditangguhkan atau dikaji semula atas sebab faktor kewangan negara.

“Kita faham ada keputusan yang diambil bukan tindakan popular kepada rakyat. Tapi kami tidak boleh menipu dan hanya mencerita perkara yang baik sahaja. Rakyat diminta berlaku adil kerana kami memerlukan masa untuk melaksanakan apa yang dijanjikan.

“Kami mengambil alih pentadbiran negara dalam keadaan kewangan negara sangat merunsingkan,” katanya.

Mohd Anuar juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan meminggirkan Pahang dan Perlis yang masih di bawah pentadbiran Barisan Nasional dalam melaksanakan projek-projek rakyat tersebut.

Mengulas mengenai lawatan hari ini, Mohd Anuar berkata pihaknya akan berusaha untuk menyediakan lampu isyarat dan melebarkan jalan di beberapa lokasi di sekitar Jalan Kuantan ke Pelabuhan Kuantan di sini, yang mengalami kesesakan, namun bergantung kepada peruntukan pada Bajet 2019. – BERNAMA

Tags: Bajet 2019Kementerian Kerja Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

17/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja...

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh PKP

15/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terlibat, kecuali bagi kerja-kerja yang disenaraikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd