• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benarkah Dakwaan Mahathir PAS Tolak Kemerdekaan?

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad berbohong kepada rakyat ‘Malaysia Baharu’ mengenai PAS menolak kemerdekaan negara?

Ia berikutan penjelasan oleh mantan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berhubung isu tersebut.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, rekod-rekod sejarah mengenai PAS dan sejarah kemerdekaan bercanggah dengan dakwaan yang dibuat oleh Mahathir semalam.

“Saya tidak pasti dari mana kenyataan (Mahathir) “PAS menolak kemerdekaan” atau “PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan”,” katanya hari ini.

Beliau turut mengemukakan rekod-rekod sejarah yang menunjukkan bahawa dakwaan Mahathir itu tidak benar seperti berikut:

● Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Dewan Madrasat ad-Da’irat al-Ma’arif al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai, pada 3 Januari 1953 telah memilih “merdeka” sebagai cogan kata PAS.

● Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama di Dewan Madrasat ad-Da’irat al-Ma’arif al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai, pada 3 Januari 1953 telah meluluskan 7 rancangan politik PAS yang dua daripadanya adalah berbunyi “memperkenalkan kemerdekaan tulen kepada rakyat, menanamkan semangatnya dan menunjukkan cara-cara mencapainya” dan “menegakkan sebuah negara merdeka yang didirikan oleh rakyat, daripada rakyat, kerana rakyat”.

● PAS telah, di atas pertimbangan untuk mencapai kemerdekaan negara, menghantar Ahmad Fuad Hasan dan Muhammad Hanif bagi menghadiri Persidangan Kebangsaan anjuran 16 orang-orang terkemuka termasuk 7 Menteri Besar mulai 6 Mei 1953.

● PAS telah, di atas pertimbangan untuk mencapai kemerdekaan negara, menghantar Muhammad Hanif dan Ahmad Awang bagi menghadiri Perhimpunan Kebangsaan anjuran Umno-MCA pada 23 Ogos 1953.

● Ekoran tindakan Persidangan Kebangsaan memutuskan ketidaksetujuannya ke atas tuntutan supaya Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan diadakan pada tahun 1954 dan ekoran tindakan Perhimpunan Kebangsaan perhimpunan meluluskan satu ketetapan yang menuntut supaya Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan diadakan pada tahun 1954 maka Mesyuarat Agung Khas PAS di Madrasat al-Masriyyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, pada 26 September 1953 telah meluluskan usul menghentikan penyertaan PAS di dalam Persidangan Kebangsaan dan meneruskan penyertaan PAS di dalam Perhimpunan Kebangsaan dengan syarat “PAS tidak terikat jika sekiranya ada perkara-perkara yang tidak sesuai dengan PAS”.

● Berakhirnya penyertaan PAS di dalam Perhimpunan Kebangsaan pada 11 Oktober 1953 bukanlah disebabkan oleh ketidaksetujuan PAS ke atas tuntutan kemerdekaan, tetapi adalah disebabkan bantahan dua wakilnya, iaitu Muhammad Hanif dan Mohd Asri Muda, ke atas cadangan jawatankuasa perhimpunan itu untuk memperluaskan hak-hak mengundi kepada penduduk-penduduk yang belum diakui taraf kerakyatan mereka mengikut dasar jus soli telah ditolak oleh mesyuarat perhimpunan itu.

● Manifesto PAS dalam PRU 1955, yang diadakan pada 27 Julai 1955, sendiri secara sangat jelas menyebut pada bahagian “Siasah”-nya bahawa, jika mencapai kemenangan, wakil-wakil rakyat PAS akan “berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kemerdekaan Malaya dengan secepat mungkin”.

● Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-5 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 23, 24 dan 25 Disember 1956 telah meluluskan usul “supaya tarikh kemerdekaan Malaya tidak mahu bergenjak dari 31 Ogos 1957”.

● Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-5 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 23, 24 dan 25 Disember 1956 telah meluluskan usul “supaya kemerdekaan yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 itu hendaklah kemerdekaan yang penuh berdaulat dalam erti kata yang sebenar-benarnya”.

● Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-6 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada 24 dan 25 Ogos 1957 telah meluluskan usul “menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berjuang dahulu dan sekarang sehingga lahirnya kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957”.

“Berdasarkan rekod-rekod sejarah ini maka tidak tepatlah kenyataan “PAS menolak kemerdekaan” atau “PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: PASTun Dr Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd